Thursday, 24 November 2011
Guruku Berpesan
Imam Habib Abdullah al-haddad menyebut mengenai tawakal dengan katanya:
”Pokok tawakal ialah teguhnya dengan meyakini bahawa semua perkara terserah di tangan Allah dan dalam genggamanNya. Tiada sesuatu mudharat atau manfaat, tiada pemberi dan penahan melainkan Allah s.w.t.. Kemudian hendaklah hati itu merasa aman dan tenang dengan janji-janji Allah dan jaminanNya, sehingga ia tidak merasa gementar dan bergoncang ketika ditimpa kesusahan atau kecelakaan dan sehingga ia tidak merasa takut dan bimbang, malah segala urusan dan hal ehwalnya, yang penting atau yang tidak penting, semuanya dikembali dan diserahkan hanya kepada Allah s.w.t semata-mata. Kalau pun ada yang dipergantungkan kepada manusia, maka yang demikian itu hanya pada lahirnya sahaja, tidak menyentuh batinnya”.
Imam Bukhari telah meriwayatkan:
Betapa menajubkan urusan seseorang Muslim! Urusan-urusannya semuanya baik belaka. Sekiranya dia mengalami kesenangan, dia bersyukur – dan inilah sewajarnya bagi dia. Sekiranya dia mengalami kesusahan, dia menghadapinya dengan sabar dan tabah, dan itu juga adalah wajar baginya.

Saturday, 12 November 2011
dailog dalam solat
Rasullullah s.a.w. bersabda dalam sebuah Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Muslim, Allah Azzawajalla berfirman yang bermaksud : “Aku telah membahagikan solat (Al-Fatihah) kepada 2 percakapan (dialog) antara-Ku dengan hamba-Ku dan terserahlah kepada hamba-Ku apa yang dipohonkannya kepada-Ku’’
Bila manusia menyebut : الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala kepujian bagi Allah, Tuhan semesta alam
Maka Allah menyahut, “ Aku sedang dipuja-puja oleh hamba-Ku”
Bila manusia menyebut : الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Maka Allah menyahut, “Aku sedang disanjung oleh Hamba-Ku”
Bila manusia menyebut : مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai hari pembalasan
Maka Allah menyahut, “Aku diagungkan oleh Hamba-Ku”
Bila manusia menyebut : إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
Maka Allah menyahut, “Maka inilah percakapan di antara-Ku dengan hamba-Ku dan Aku akan memperkenankan segala permohonannya”
Bila manusia menyebut : صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat
Maka Allah menyahut, ”Maka semua ini (Aku akan kurniakan) kepada hamba-Ku dan terserahlah kepadanya apa yang dipohonnya”

super saiya ketenangan
Sucikan 4 dengan 4:-
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kpd Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kpd kehebatan Rabbmu
4. Dosa-dosa yg silam disulami dengan taubat kpd Dzat yang memilikimu.
Carilh hatimu di 3 tempat
1.ketika solat
2.ketika membaca Al-Quran
3.ketika mengingati kematian sekiranya kau tidak menemui hati mu di
tempat ini maka berdoalh pd Allah agar Allah memberi hati padamu
(Al-Ghazali)

Sunday, 6 November 2011
CINTA SEJATI
Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak
dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu,
turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang
taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama
mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-
orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman."
Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .
Tauladan dari kisah ini:
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyAllah kita bersama nabi di akhirat nanti.
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata
akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.
Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

Friday, 4 November 2011
| Permulaan |
Dipohon kejayaan, diberi biarpun usaha tak adalah setinggi mana.Masukkanlah hati-hati kami dalam roh Islam yang sebenar-benarnya.
Dipohon rezekipun diberi, biarpun bekerja tak adalah kuat mana.
Dipohon kesihatan, diberi secara percuma, biarpun penjagaan tak adalah hebat mana.
Dipohon kesejahteraan juga diberi, biarpun penghargaan tak pernah ada.
Sampai bila hanya ingin diberi?
Bila masanya ingin memberi?
Ya, Allah tak pernah rugi walau neraka tempatmu nanti.
Namun, itukah peribadi seorang hamba pada Tuannya?
Bukan yang nampak indah, tapi Kau murka.
Bukan yang nampak buruk, tapi Kau sayang.
Bukan yang indah pada dunia, namun hina di akhirat sana.
Kerana Kau Maha Tahu,
Tunjukkanlah kami & ampunilah kami.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
(Surah Ibrahim 14: Ayat 7)
(Surah Ibrahim 14: Ayat 7)
— Quran al-Kariim
first entri.
salam perkenalan.

Subscribe to:
Posts (Atom)