Friday, 4 November 2011

| Permulaan |



Dipohon kejayaan, diberi biarpun usaha tak adalah setinggi mana.
Dipohon rezekipun diberi, biarpun bekerja tak adalah kuat mana.
Dipohon kesihatan, diberi secara percuma, biarpun penjagaan tak adalah hebat mana.
Dipohon kesejahteraan juga diberi, biarpun penghargaan tak pernah ada.
Sampai bila hanya ingin diberi?
Bila masanya ingin memberi?
Ya, Allah tak pernah rugi walau neraka tempatmu nanti.
Namun, itukah peribadi seorang hamba pada Tuannya?
 Masukkanlah hati-hati kami dalam roh Islam yang sebenar-benarnya. 
Bukan yang nampak indah, tapi Kau murka.
Bukan yang nampak buruk, tapi Kau sayang.
Bukan yang indah pada dunia, namun hina di akhirat sana.
Kerana Kau Maha Tahu,
Tunjukkanlah kami & ampunilah kami.

#hamster

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
(Surah Ibrahim 14: Ayat 7)









first entri.
salam perkenalan.

No comments:

Post a Comment